Sekolah Rendah Islam
Madrasah Tahfiz
As-Syauqi
MADRASAH TAHFIZ AS-SYAUQI
Pengenalan
Madrasah Tahfiz As-Syauqi adalah sebuah Pusat Pengajian yang telah beroperasi selama 11 tahun bermula dari tahun 2010 sehingga kini.
Matlamat penubuhan Madrasah Tahfiz As-Syauqi adalah memberi ruang dan peluang kepada orang ramai untuk mempelajari dan mendalami bacaan Al-Quran.
Secara dasarnya, Madrasah Tahfiz As-Syauqi menawarkan Pengajian Al-Quran dan Talaqi pada semua peringkat umur dan skop pengajian ini diperluaskan lagi dengan kelas TAQFA (Tahfiz Al-Quran dan Fardu Ain) pada tahun 2013 yang mana memberi peluang kepada pelajar untuk menghafaz Al-Quran secara sambilan di samping mempelajari kitab-kitab pengajian.
Konsep pengajian TAQFA ini diperluaskan lagi apabila secara rasminya Madrasah Tahfiz As-Syauqi berjaya didaftarkan di bawah penyelian Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 29 Mac 2016. Kini Madrasah Tahfiz As-Syauqi dikenali sebagai :
Sekolah Rendah Islam Madrasah Tahfiz As-Syauqi (SERIMTSQ)
Tenaga Pengajar


VISI
Institusi Pendidikan yang melahirkan generasi millineal yang terdidik dengan Al-Quran dan Hadith.
MISI
- Menawarkan pakej pendidikan yang berkualiti berteraskan islam dalam suasana kondusif dengan yuran yang berpatutan.
- Menggunakan sarana dan prasarana pembelajaran yang terkini dan sesuai untuk generasi millineal
- Mengoptimumkan bimbingan mengikut tahap dan kemampuan murid
- Mementingkan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran murid
PERAKUAN
PENDAFTARAN
Sekolah Rendah Islam Madrasah Tahfiz As-Syauqi

SIJIL
PENDAFTARAN
Sijil Pendafaran SSM Sekolah Rendah Islam Madrasah Tahfiz As-Syauqi
Call us now
+603 – 5549 3825
Drop us an email
contact@syauqigroup.com
Business Hour
Monday – Friday : 9:00 AM – 6:00 PM
Saturday : 9:00 AM – 1:00 PM
Sunday & Public Holiday : Closed